src='http://www.geocities.com/sehatserasi72/tabview.js' type='text/javascript'/>

Introduction

Assalamualikum kepada anda yang sudi melawat ke blog saya yang tak seberapa ini.Trime kasih sgt-sangat..Bersyukur ke hadirat ilahi dapat kita bertemu di dalam blogger ini.Smoga anda pnjng umur murah rezeki dan berbahagia bersama sahabt dan keluarga yang tercinta.Kepada anda.jgnlah segan lawati blog saya yer.Tidak lupe juga untuk saya ucapkn trime kasih yang tidak terhingga kepada anda-anda semua.Teruskn membaca dan melawati blog saya yer.Jangan lupe clik follow ea..Enjoy.. ('',)

Assalmualikum


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut












Khamis, 23 Disember 2010

Calon menantu wanita wajib tahu memasak,lelaki wajib jadi imam!

Ini bukan entri diskriminasi gender tapi realiti.:)
 






Antara kriteria wajib untuk seorang wanita ialah pandai masak, Lepas kahwin senang, kalau tak pandai masak susaah. (Owh tak layak cakap lagi, sekadar satu pandangan). Para mentua pun letak syarat; carilah wanita yang pandai masak. Kalau tak pandai masak, eish, kena kutuk pulak, kena belajar, nanti malu lah dekat mak mentua dekat sanak saudara sebelah sana. Sebelum kawen masa muda-muda belasan tahun ni tak nak belajaq. sapa suruh? Ye laah kan busy, kita kan wanita bekerjaya. Mana ada masa nak duduk dapuq je naa. Pendek kata, tak sempurnalah seorang wanita tu jika tak pandai masak. 'Eishh malunya tak reti masak ni' getus hati sang gadis. Diri sendiri rasa belum lengkap lagi nih sebab tak reti masak, bukan dia tidak mencuba tapi kekangan masa yang banyak menghalang...
Cakap kat buayafriend anda, eh kalau macam tu saya nak awak kena tahu jadi imam! =) haha. Wanita pandai masak ramaaaaai, tetapi berapa kerat lelaki yang mengamalkan solat jemaah bersama keluarganya di rumah. Sang pria mahukan gadis pandai masak tertunai, tapi selera sang gadis yang mahukan seorang imam untuk memimpin setiap solat-solatnya? Tertunaikah? Tajwid tunggang langgang, al-fatihah pun tak kenal, jauh sekali untuk solat apatah lagi imam! (nauzubillah, ini realiti)  
Maka, yang mana lebih berbahaya? Wanita tidak pandai masak kah? masih boleh carik makanan dekat luar, masih boleh hidup lagi. Lelaki yang tak ada bekalan ilmu agama? Siapa yang nak memimpin keluarga? Ye, masih boleh hidup, tapi hidup dalam redha Allah kah? hidup dalam maksiat kah. Lelaki itu dengan keluarganya umpama imam dengan makmumnya. Makmum berhak menolak kepada calon imam yang tidak disukainya. Imam yang dia tak suka, dia tak boleh jadi makmumnya. Imam harus baik bacaannya, paling baik di antara para makmum. Para lelaki yang tidak punya bekalan agama (atau kureng) wanita juga berhak menolak mereka. Justeru itu, para lelaki persiapkan diri kamu untuk menjadi seorang imam, seorang pemimpin yang bakal memimpin keluarganya. Perkahwinan (eh eh) bukan satu perkara mainan. Jika kamu memikirkan perkahwinan itu hanya sesuatu yang menghalalkan yang haram, anda salah. Perkahwinan merupakan suatu tanggungjawab dan amanah.
http://dirikudrcinta.blogspot.com/2010/11/calon-menantu-wanita-wajib-tahu-masak.html