src='http://www.geocities.com/sehatserasi72/tabview.js' type='text/javascript'/>

Introduction

Assalamualikum kepada anda yang sudi melawat ke blog saya yang tak seberapa ini.Trime kasih sgt-sangat..Bersyukur ke hadirat ilahi dapat kita bertemu di dalam blogger ini.Smoga anda pnjng umur murah rezeki dan berbahagia bersama sahabt dan keluarga yang tercinta.Kepada anda.jgnlah segan lawati blog saya yer.Tidak lupe juga untuk saya ucapkn trime kasih yang tidak terhingga kepada anda-anda semua.Teruskn membaca dan melawati blog saya yer.Jangan lupe clik follow ea..Enjoy.. ('',)

Assalmualikum


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut












Sabtu, 25 Disember 2010

Malique featuring Najwa - Senyum .....


MARI SENYUM SELALUU........
PASTI DUNI BERSERI2..........
SENYUM ITU SEDEKAH.......... 
PSTI CANTIK SMUANYA........

Malaikat Turun Ke Kaabah [FAKE + BUKTI]

 
Allahhukbar....inilah buktinya yang ramai2 tertnya2 adakah betul malaikat turun di bumi mekah pada malam lailatuqadar...trnyata TIDAK..dan video seblum ini hanyalah palsu semata2..Malaikat
sebenarnya tidak boleh dilihat melalui mata kasar, mereka boleh
menjelma dalam pelbagai bentuk tanpa dapat dikenalpasti manusia. Mereka
yang terpilih sahaja yang boleh melihatnya..Mari sma2 kita mengucap dua kalimah shahadah agar diri tidak terpesong degn kepercayaan video karut ini yg boleh mggu iman kita..astaqfirullahalazim.. :)
 
 

NABI KITA YANG TERAKHIR (NABI MUHAMMAD S.A.W) -1



Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (bahasa Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.


Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud: "Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."


Kelahiran Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh. Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria). Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.


Masa remaja Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.


Berumahtangga Rencana utama: Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w. Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa. Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 51 tahun. Seorang lagi anak baginda adalah hasil perkahwinan baginda dengan Mariah Al-Qibtiyyah. Putera baginda bersama Mariah bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil.


Bapa dan ibu saudara Nabi Muhammad Al-Harith bin Abdul Muthalib Muqawwam bin Abdul Muthalib Zubair bin Abdul Muthalib Hamzah bin Abdul Muthalib Al-Abbas bin Abdul Muthalib Abu Thalib bin Abdul Muthalib Abu Lahab bin Abdul Muthalib Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib Hijl bin Abdul Muthalib Dzirar bin Abdul Muthalib Ghaidaq bin Abdul Muthalib Safiyah binti Abdul Muthalib 'Atikah binti Abdul Muthalib Arwa binti Abdul Muthalib Umaimah binti Abdul Muthalib Barrah binti Abdul Muthalib Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muthalib.


~Sekadar berkongsi dan selamat membaca. ^_^

VIDEO PANAS : SYIAH SEMAKIN BERKEMBANG BIAK DI MALAYSIA!!ITU BARU SYIAH,BELUM YANG LAIN LAGI..ADOIII!!

Antara amalan untuk kebahagian rumahtangga ialah :-



1) Amalkan selepas solat fardu 7X,5X,3X atau minima sekali selepas solat
fardu selawat shifa " Allahumma solli 'ala saidina Muhammad Tibbil Qulub
wa syifaa iha, wa nuuril Absori wa diyaa iha, wa quuwaatil ajsadi wa
arwahi wa ghidaa iha, wa 'ala alihi wa assohabihi wa sallim" Antara
fadhilat selawat ini ialah menerangkan hati, menguatkan jantung,
menerangkan mata, mengeratkan hubungan keluarga... maksud hadis daripada
AIshah.

2. Untuk menjadikan anak soleh, usaha kita :Displin kan diri supaya
menjadi contoh dalam melakukan ibadah kepada Allah, ajak anak2 mengaji
Quran selepas solat (terutama malam), berbakti kepada orang tua kerana
anak2 akan mengikut , doakan mereka dan berdoa "rabbana hablana min
azwajina wa zurriyatina min qurrati a'yun, waj 'alna lil muttaqinna
Imamma" ertinya Tuhan kami kurniakanlah kami pasangan dan zuriat yang
menjadi penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin kepada orang
bertaqwa. Dan "robbi habli muqimassolatu min zurriyati" bererti
Tuhanku jadikanlah aku dan zuriatku sebagai orang yang sentiasa
mendirikan solat.

3) Untuk mudahkan anak2 menerima pelajaran, suruh anak2 amalkan baca
surah Alam NAsyrah .. dan Iqra'.. didalam solat Subuh,dan juga suruh
mereka hafal dan amalkan ayat surah Annur :30 " Allahunuurussamawatiwal
ard , masala nuurihi kamisykaatin fiiha misbah.....hingga akhir" untuk
terangkan hati. InsyaAllah.

Panduan Zikir Dan Doa Untuk Kekal Cantik Berseri



1.Untuk kelihatan cantik menawan berseri awek muda,luaran dan dalaman amalkanlah mmbaca zakir degan cara seperti berikut..

*Baca ( ya badiyah ) 1x
*Baca ( ya Nur ) 1x
*Baca (ya hadi )1x
*Baca (ya allah ) 3x

Amalkan membaca zikit ini dan meniup ke tapak tangan dan sapu ke muka anda setiap kali..


2.Amalkan membaca ayat2 seperti berikut.:-

*Baca ayat 35,36,37 dan 38 dari surah al-waqiah pada setiap selepas subuh..
*Selepas baca ayt ini hembuskan pada air dan terus minum air tesebut..

Kaedah ini adalah rawatan dalaman agar kelihatan cantik muda dan betenaga di luar mahupun dalam..insyaallah..

3.Bacalah surah al-waqiah sebelum tidur tiap2 hari..nescaya kita akn dimurahkan rezeki dan mndapt ketengan jiwa..insyaallah..

**Sedikit tambahan dan perkongsian**
kepada yg selalu sakit kepala atau migrain,amalkan ayat 19 dari surah al-waqiah..moga2 boleh menghilang dan meredakan sakit kepala yg dialami insyaallah..



*nasihat saya smoga anda tidak mnyalahgunakan ayt suci ini*

Sekian selamat beramal.. :)
Trima kasih..

Ikhlas dari saya muhammad zabidi.



Doa mohon mudahkan urusan - amalkanlah


Ya Allah mudahkan lah dan jangan Engkau susahkan dan sempurnakanlah dengan kebaikan.