src='http://www.geocities.com/sehatserasi72/tabview.js' type='text/javascript'/>

Introduction

Assalamualikum kepada anda yang sudi melawat ke blog saya yang tak seberapa ini.Trime kasih sgt-sangat..Bersyukur ke hadirat ilahi dapat kita bertemu di dalam blogger ini.Smoga anda pnjng umur murah rezeki dan berbahagia bersama sahabt dan keluarga yang tercinta.Kepada anda.jgnlah segan lawati blog saya yer.Tidak lupe juga untuk saya ucapkn trime kasih yang tidak terhingga kepada anda-anda semua.Teruskn membaca dan melawati blog saya yer.Jangan lupe clik follow ea..Enjoy.. ('',)

Assalmualikum


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Pengikut












Sabtu, 25 Disember 2010

NABI KITA YANG TERAKHIR (NABI MUHAMMAD S.A.W) -1



Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (bahasa Arab: نبي محمد صلى الله عليه وسلم) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.


Surah Al-Anbiya, ayat 107 bermaksud: "Dan tidak kami (Allah) utuskan kamu (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam."


Kelahiran Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M). Ibu baginda, iaitu Aminah binti Wahb, adalah anak perempuan kepada Wahb bin Abdul Manaf dari keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib. Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh. Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam tahun, menjadikannya seorang anak yatim. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus Sa'adiah di kampung halamannya di pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke Syam (Syria). Sejak kecil, baginda tidak pernah menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran.


Masa remaja Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi, meminum minuman keras, berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya di Mekah.


Berumahtangga Rencana utama: Isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w. Ketika berusia kira-kira 25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah (rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah. Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa. Khadijah begitu tertarik dengan kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan) tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil. Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada usia 51 tahun. Seorang lagi anak baginda adalah hasil perkahwinan baginda dengan Mariah Al-Qibtiyyah. Putera baginda bersama Mariah bernama Ibrahim itu juga meninggal semasa kecil.


Bapa dan ibu saudara Nabi Muhammad Al-Harith bin Abdul Muthalib Muqawwam bin Abdul Muthalib Zubair bin Abdul Muthalib Hamzah bin Abdul Muthalib Al-Abbas bin Abdul Muthalib Abu Thalib bin Abdul Muthalib Abu Lahab bin Abdul Muthalib Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib Hijl bin Abdul Muthalib Dzirar bin Abdul Muthalib Ghaidaq bin Abdul Muthalib Safiyah binti Abdul Muthalib 'Atikah binti Abdul Muthalib Arwa binti Abdul Muthalib Umaimah binti Abdul Muthalib Barrah binti Abdul Muthalib Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muthalib.


~Sekadar berkongsi dan selamat membaca. ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan